ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN



Seksyen 54. Membuktikan tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis suratan yang dikemukakan.

Jika sesuatu suratan dikatakan telah ditandatangani atau telah ditulis kesemuanya atau sebahagiannya oleh seseorang maka tandatangan atau tulisan tangan itu sebanyak mana yang ada dalam suratan itu yang dikatakan dengan tulisan tangan orang itu hendaklah dibuktikan sebagai tulisan tangannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.