ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 46. Bidangkuasa menyemak dan mengawas.

(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mengawas secara am dan bidangkuasa menyemak ke atas semua keputusan Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika didapati perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam sesuatu perkara atau prosiding, sama ada Mal atau jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, meminta dan memeriksa mana-mana rekod dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah subseksyen (2) seksyen 43 atau memberi apa-apa arahan yang perlu di sisi keadilan.

(2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah meminta rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang menjadi soal itu hendaklah digantung sementara menanti arahan seterusnya dari Mahkamah Tinggi Syariah.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.