ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 56. Penerima masukan salinan maklumat yang diperakui sebagai keterangan.

Dalam mana-mana perbicaraan di bawah Enakmen ini, salinan mana-mana catatan berhubung dengan sesuatu maklumat yang diubahkan dalam bentuk tulisan di bawah seksyen 54 dan yang dikatakan telah diperakui sebagai salinan yang sebenar oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah diterimamasuk sebagai keterangan mengenai kandungan salinan asal itu dan tentang waktu, tempat dan bagaimana maklumat itu telah direkodkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.