ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IX - PENALTI
Seksyen 127. Meninggalkan langsung isteri
Mana-mana orang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya, dengan sengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.