ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 62. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi seorang tertentu.

Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal, itu mengikut Hukum Syarak, supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tidak berupaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, dari mencari kehidupan oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat yang berlarutan dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama disebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.