ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

BAHAGIAN VII - JAWATANKUASA PENGURUSAN WAKAF



Seksyen 22. Keanggotaan Jawatankuasa Pengurusan Wakaf.

(1) Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah terdiri daripada-
(2) Pendaftar Wakaf hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Wakaf.

(3) Anggota Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang dilantik di bawah subseksyen (1)(a) dan (f), hendaklah dilantik untuk memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(4) Pelantikan anggota Jawatankuasa Pengurusan Wakaf di bawah subseksyen (1)(a) dan (f) boleh pada bila-bila masa ditamatkan oleh Majlis tanpa memberi apa-apa sebab mengenainya.

(5) Anggota Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang dilantik di bawah subseksyen (1)(a) dan (f) boleh, pada-bila masa meletakkan jawatan dengan memberi suatu notis bertulis kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.