ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 131. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah.

Tanpa menyentuh hak seseorang yang ada mempunyai kepentingan di bawah sesuatu perintah yang dibuat di bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakannya di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh, jika perintah itu dengan sengaja tidak dipatuhi, mengarahkan supaya jumlah yang kena dibayar itu di levi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevikan denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah itu, atau boleh menjatuhkan hukuman penjara ke atas orang yang sengaja cuai mematuhi perintah itu selama tempoh jika perintah itu bagi bayaran bulanan tidak lebih daripada satu minggu bagi bayaran tiap-tiap bulan yang tidak dibayar atau bagi bayaran yang lain tidak lebih daripada satu tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.