ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 27. Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau salah di sisi undang-undang
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan mana-mana kes yang dalamnya dia berpendapat bahawa mana-mana perkahwinan yang dikatakan adalah tak sah atau bahawa mana-mana perkahwinan yang boleh didaftarkan telah diakadnikahkan dengan melanggar Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.