ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 90. Hadir sembahyang Jumaat.

(1) Hendaklah menjadi amalan yang lazim bagi semua anak mukim yang cukup syarat-syarat wajib Jumaat hadir bersembahyang fardhu Jumaat di masjid mukimnya.

(2) Imam Tua bagi masjid mukim itu boleh memberi kebenaran kepada mana-mana orang dari kalangan anak mukimnya bersembahyang Jumaat di masjid mukim lain, atas sebab-sebab yang munasabah.

(3) Jika Imam Tua tidak memberi kebenaran itu, Majlis bolehlah memberi kebenaran khas kepadanya dalam tempoh yang terhad jika Majlis berpuas hati dengan alasan-alasan yang dikemukakan kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.