ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 55. Acara jika kesalahan disyaki.

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau dengan jalan lain seorang Pegawai Penguatkuasa Agama ada sebab mengesyaki perbuatan sesuatu kesalahan, maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, segera menghantarnya satu laporan mengenainya kepada Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah menyiasat, dan jika hal keadaan kes memerlukan, pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menyiasat atau pergi ke tempat di mana kesalahan yang dikatakan itu berlaku untuk menyiasat fakta-fakta dan hal-keadaan kes itu dan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mendapatkan pesalah itu.

(2) Jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu mendapati bahawa tiada alasan yang cukup untuk bertindak atau bertindak selanjutnya atas perkara itu, maka dia tidaklah perlu berbuat demikian.

(3) Dalam tiap-tiap kes yang tersebut dalam subseksyen (2), Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya sebab yang dia tidak perlu bertindak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.