ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXVIII - WASI DAN PENTADBIR



Seksyen 203. Hukuman de bonis futuris.

Di mana suatu penghakiman itu perlu dilaksanakan dari mana-mana harta si mati yang mungkin diterima oleh wasi pada masa hadapan yang perlu ditadbirkan olehnya, perintah perlaksanaan tidak boleh dikeluarkan tanpa izin Mahkamah dan notis permohonan perintah itu hendaklah disampaikan kepada wasi. Jika pembaziran dikatakan berlaku semenjak tarikh penghakiman itu, pelaksanaan boleh diperintahkan terhadap wasi setakat pembaziran dan kos itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.