ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Iqrar
Seksyen 17. Takrif iqrar.
(1)
Iqrar
ialah pernyataan lisan, bertulis atau secara isyarat yang dibuat oleh seseorang bahawa dia di bawah obligasi tertentu kepada seorang lain tentang sesuatu hak orang lain itu ke atasnya dan yang dibuat oleh mana-mana orang dalam mana-mana hal keadaan yang disebutkan kemudian daripada ini.
(2)
Iqrar
yang dibuat di luar Mahkamah hanya boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi
adil.
(3)
Iqrar
seseorang wakil, dalam prosiding bagi pihak orang yang memberi wakil, yang dibuat di hadapan Hakim, boleh diterima.
(4)
Iqrar
dalam kes zina hendaklah diterima jika dibuat di hadapan Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.