ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 32. Bentuk waran tangkap.

(1) Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah mengikut Borang 3 Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran itu hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.