Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN XII



Seksyen 66. Mahkamah Bicara Syariah Khas.

(1) Semua pendakwaan di bawah Enakmen ini hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Bicara Syariah Khas dan didengar oleh panel tiga orang Hakim yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie, dua daripada mereka hendaklah dari kalangan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan seorang lagi itu sama ada daripada Hakim bersara atau dalam perkhidmatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya atau seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Jika ianya hendak dilantik daripada seorang yang tidak dalam perkhidmatan, perlantikan ini hendaklah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulis Sultan bertindak di atas nasihat Menteri Besar.

(2) Panel Hakim hendaklah diketuai oleh Hakim yang dilantik oleh Ketua Hakim syarie.

(3) Keptutusan Mahkamah Bicara Syariah Khas bolehlah dibuat dengan majoriti mudah.

(4) Rayuan ulang bicara daripada Mahkamah Bicara Syariah Khas hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah Khas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.