ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - AM



Seksyen 5. Proses Mahkamah.

(1) Sesuatu proses yang dikeluarkan oleh Mahkamah hendaklah mengandungi meteri dan tandatangan pegawai yang diberi kuasa.

(2) Semua saman, waran, perintah, peraturan, notis dan sebarang proses sama ada sivil atau jenayah, yang dikeluarkan ataupun dibuat oleh mana-mana Mahkamah yang berkuasa mengenai sesuatu hal atau perkara di dalam bidangkuasanya hendaklah mempunyai kuasa dan kesan yang penuh dan boleh diserah atau dilaksanakan di mana-mana di dalam Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.