ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta
Seksyen 98. Cagaran hendaklah diberi.
(1) Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak, maka dia hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, memberi cagaran dengan nilai sebanyak mana yang ditetapkan bahawa dia akan melaksanakan kewajipan-kewajipan sebagai penjaga dengan sewajarnya.
(2) Cagaran itu hendaklah diberi mengikut cara yang ditetapkan pada masa itu bagi penerima-penerima yang dilantik oleh Mahkamah; dan penjaga yang dilantik itu hendaklah mengemukakan akaun-akaunnya pada tempoh-tempoh yang diperintahkan, dan hendaklah membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalam Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan bagi penerima-penerima.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.