ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV - PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH
Seksyen 199. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memindahkan kes-kes.
Apabila nyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah -
(a)
bahawa perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah tidak boleh diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah;
(b)
bahawa ada kemungkinan beberapa soalan undang-undang yang rumit akan berbangkit;
(c)
bahawa lawatan ke tempat di mana atau ke tempat yang berhampiran dengan tempat kesalahan itu telah dilakukan adalah diperlukan untuk membolehkan sesuatu perbicaraan diadakan dengan memuaskan;
(d)
bahawa arahan di bawah seksyen ini akan membawa kemudahan secara am kepada pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e)
bahawa perintah itu suai-manfaat bagi mencapai keadilan, atau dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Enakmen ini,
Hakim itu boleh memerintahkan -
(i)
supaya sesuatu kes jenayah tertentu dipindahkan dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(ii)
supaya seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.