ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 24. Pernyataan dalam peta, carta dan pelan ialah qarinah

Pernyataan mengenai fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat dalam peta atau carta yang diterbitkan dan secara amnya ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, atau dalam peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri tentang perkara yang pada biasanya digambarkan atau dinyatakan dalam peta, carta, atau pelan itu, dengan sendirinya ialah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.