ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - Mahkamah Jenayah
Seksyen 7. Bidang kuasa Jenayah Hakim.
Tertakluk kepada peruntukan Kanun ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil ketahui dan menjalankan kuasa untuk-
(
a
) mendengar, membicarakan, memutuskan dan menguruskan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada keseluruhannya atau pada sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim dan yang boleh dibicarakan oleh Hakim tersebut;
(
b
) membuat penyiasatan terhadap aduan berkenaan dengan kesalahan dan menyaman serta memeriksa saksi-saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman serta menangkap orang-orang yang disyaki melakukan jenayah dan orang-orang salah dan membicarakan mengikut undang-undang;
(
c
) mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan penggeledahan tempat-tempat yang mana barang-barang atau benda-benda yang bersangkut-paut dengan kesalahan yang telah dilakukan dikatakan ada disimpan atau disembunyikan dan menghendaki orang-orang supaya mengadakan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan
(
d
) melakukan semua perkara dan mengambil semua tindakan dalam mana seorang Hakim diberi kuasa oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.