ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 1 AM



Seksyen 100. Keterangan hendaklah diambil secara lisan.

Tertakluk kepada Enakmen ini dan Enakmen Keterangan Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 [En. 5.], apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa-apa prosiding melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan memeriksa pihak-pihak atau saksi-saksi itu secara lisan di Mahkamah terbuka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.