ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK
Seksyen 67. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak.
Kecuali jika suatu perintah mengenai nafkah-
(
a
)
dinyatakan suatu tempoh yang lebih singkat; atau
(
b
)
dibatalkan; atau
(
c
)
dibuat untuk-
(i) anak perempuan yang belum bernikah, atau yang, oleh sebab hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau
(ii) anak lelaki yang, oleh sebab suatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;
perintah itu hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur baligh: dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, atas permohonan anak itu atau seorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya menasabah bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran lebih tinggi atau latihan lanjut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.