ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXII - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP, DLL



Seksyen 173. Permohonan tahan harta tak alih.

(1) Suatu permohonan tahan harta sebelum penghakiman hendaklah dibuat di dalam Borang 27.

(2) Suatu perintah tahan harta sebelum penghakiman hendaklah disampaikan kepada bailif bersama dengan tiap-tiap satu salinan afidavit yang digunakan dalam permohonan itu.

(3) Bailif hendaklah menyerahkan salinan afidavit tersebut kepada orang yang hartanya telah ditahan jika diminta berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.