ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN II - MAJLIS ISLAM SARAWAK
Penubuhan, Kuasa-kuasa, dsb., Majlis



Seksyen 7. Kuasa untuk meminjam.

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan olehnya, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin diperlukannya untuk menunaikan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana daripada fungsinya di bawah Ordinan ini.

(2) Jumlah-jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam akaun berasingan Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.