ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 58. Tempat Tinggal.


(1) Seseorang perempuan yang diceraikan ada hak tinggal di rumah di mana ia tinggal semasa masih menjadi seorang isteri kepada suaminya yang terakhir selama mana bekas suaminya yang terakhir itu tidak berjaya mendapatkan satu tempat tinggal yang munasabah untuknya sehingga berakhir tempoh jagaan anak mereka atau berakhir tempoh edahnya mengikut mana yang terkemudian, selepas itu bekas suaminya itu berhak mengambil balik rumah tersebut melalui tuntutan di Mahkamah.

(2) Mahkamah Qadhi ada bidangkuasa memutuskan segala masalah yang bersangkutan dengan tempat tinggal yang diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.