ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen Awam



Seksyen 59. Salinan diperakui bagi dokumen awam.

Tiap-tiap pegawai awam yang ada di dalam simpanannya sesuatu dokumen awam yang seseorang ada hak memeriksa hendaklah memberikan kepada orang itu atas permintaannya salinan dokumen itu apabila dibayar fee yang sah baginya, berserta dengan suatu perakuan yang ditulis di kaki salinan itu bahawa ianya salinan yang benar bagi dokumen itu atau bahagiannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan jika pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui demikian itu adalah dipanggil salinan diperakui.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.