ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 106. Penyingkiran keterangan bagi menyangkal jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang menguji kebenaran.

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab sesuatu soalan yang berkaitan dengan siasatan itu hanya setakat yang boleh melemahkan kebenarannya dengan membencanakan wataknya, maka tiadalah apa-apa keterangan boleh diberi bagi menyangkalnya; akan tetapi jika ia menjawab dengan palsunya maka ia bolehlah kemudiannya dipertuduhkan kerana memberi keterangan palsu.

Kecualian 1- Jika seseorang saksi ditanya sama ada dia dahulu telah disabitkan apa-apa kesalahan dan dia menafikannya, maka keterangan bolehlah diberi mengenai sabitan yang dahulu itu.

Kecualian 2 - Jika sesorang saksi ditanya apa-apa soalan yang boleh mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta-fakta yang dibayangkan itu, maka ia bolehlah disangkal.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.