ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983
BAHAGIAN VII - AM
Seksyen 207. Pemansuhan.
(1) Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Enakmen ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan dalam Jadual:
Dengan syarat bahawa segala pembicaraan yan telah dimulakan di bawah Enakmen yang dengan ini dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini belum diluluskan.
(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan Enakmen yang dimansuhkan terdahulu atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.
Diluluskan pada 21 haribulan November 1983.
[SUK. (Kn.) 335/50 JIL. IV;P.U. Kn. 171 Bhg. II.]
KAMARUDDIN BIN HAJI MOHD. ZIN,
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Kelantan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.