ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 30. Tatacara bila penyampaian diri tidak dapat dilaksanakan.

Jika orang yang hendak disaman itu tidak dapat dijumpai setelah usaha dijalankan dan penyampaian tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang diarahkan oleh seksyen 29 (3), pegawai penyampai itu hendaklah menampalkan suatu salinan saman itu di suatu bahagian yang ketara di rumah itu atau tempat lain di mana orang disaman itu pada Iazimnya tinggal, dan dalam hal sedemikian, saman itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.