ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Pendapat pihak ketiga bila relevan



Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan relevan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani sesuatu dokumen, maka pendapat seseorang yang biasa dengan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah ditulis atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu fakta relevan.

Huraian - Seseorang adalah dikatakan biasa dengan tulisan tangan seseorang lain apabila ia telah melihat orang itu menulis, atau apabila ia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis sama ada olehnya sendiri atau dengan kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila dalam perjalanan urusan biasanya dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dihantar kepadanya.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.