ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“‘adil” ertinya sifat seseorang Islam jika dia menunaikan obligasi agamanya, melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan, menahan diri daripada melakukan dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil;

“‘aqil” ertinya sempurna akal;

“baligh” ertinya telah cukup umur mengikut Hukum Syarak;

“bayyinah” ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah;

“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan—
atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;

MISALAN

Tulisan ialah dokumen.

Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen.

Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.

Inskripsi pada kayu, logam, batu, atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.

Lukisan, citra, gambar atau karikatur ialah dokumen.

Fotograf atau negatif ialah dokumen.

Rakaman pita komunikasi telefon, termasuk rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak, ialah dokumen.

Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuk rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak, ialah dokumen.

Hal yang dirakamkan, disimpan, diproses didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen.

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [En. 10/2003];

“fakta” ertinya dan termasuk—

MISALAN

(a) Bahawa adanya benda-benda tertentu yang diatur mengikut susunan tertentu di tempat tertentu ialah suatu fakta.

(b) Bahawa seseorang telah mendengar atau melihat sesuatu ialah suatu fakta.

(c) Bahawa seseorang telah menyebut perkataan tertentu ialah suatu fakta.

(d) Bahawa seseorang berpegang pada suatu pendapat tertentu, mempunyai niat tertentu, bertindak dengan suci hati atau secara fraud, atau menggunakan perkataan tertentu dengan pengertian tertentu, atau pada suatu masa tertentu sedar akan perasaan tertentu ialah suatu fakta.

(e) Bahawa seseorang mempunyai reputasi tertentu ialah suatu fakta;


“fakta persoalan” ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, kewujudan, ketidakwujudan, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan;

MISALAN

A dituduh berkhalwat dengan B.

Dalam perbicaraannya, fakta-fakta yang berikut boleh menjadi persoalan:
“filem” ertinya dan termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;

“Hakim” ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang masing-masing dilantik di bawah seksyen 57, 58 atau 59 Enakmen Pentadbiran;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut mana-mana Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali;

“keterangan” termasuk—

“komputer” ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau secara berturut-turut atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, komputer-komputer itu hendaklah dikira sebagai komputer tungggal;

“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 55 Enakmen Pentadbiran;

“mikrofilem” ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuk mikrofis;

“negatif” ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;

“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 80 Enakmen Pentadbiran;

“qarinah” ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen ini;

“saksi” tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;

“syahadah” ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz “asyhadu” untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;

“ ‘urf” ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.

(2) Dalam Enakmen ini—

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan boleh dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.