ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 4. Ketua Hakim Syarie.

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-

(3) Orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasa seksyen ini, memegang jawatan Kadi Besar di bawah subseksyen (1) seksyen 11 Enakmen Mahkamah Syariah 1983 dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.