ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama



Seksyen 30. Fatwa.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6) seksyen 33, Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan daripada mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, atau atas perintah Yang di-Pertuan Besar, membuat dan memberitahu dalam Warta fatwa atau pendapat atas sesuatu soalan yang belum terputus atau soalan yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang berkaitan dengan Hukum Syarak.

(2) Tiada sesuatu kenyataan yang dibuat oleh Mufti boleh dianggap sebagai fatwa kecuali dan sehingga ianya diwartakan mengikut subseksyen (1).

(3) Sebaik sahaja diwartakan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat setiap orang Islam yang tinggal di Negeri Sembilan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya mengikuti dan berpegang dengan fatwa itu, kecuali ia dibenarkan oleh Hukum Syarak menyimpang dari fatwa itu dalam hal kewajipan peribadi, kepercayaan atau pendapat.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah dalam Negeri Sembilan sebagai yang penuh berkuasa dalam perkara yang ditetapkan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.