ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991


JADUAL KEEMPAT - Borang 24

[Seksyen 164 (2)]

PERINTAH UNTUK MENANGKAP SEBELUM PENGHAKIMAN

(Kepala Am)

Kepada Bailif

BAHAWA atas permohonan dan setelah membaca afidavit ............... yang difailkan di sini pada .......... haribulan ............ 19 ......... (atau setelah mendengar keterangan ....................................) maka telah nyata kepada Mahkamah bahawa (1) ........................................

Kamu adalah dengan ini diperintahkan untuk menangkap ............................... tersebut ............... dan membawanya dengan segera ke hadapan Mahkamah dan jika sekiranya Mahkamah tidak bersidang menghantarnya kepada Penguasa Penjara Sivil untuk ditahan sehingga persidangan Mahkamah akan datang menyediakan jaminan jumlah sebanyak $ ........ bagi pembicaraan tindakan ini dan penjelasan penghakiman yang akan diberikan terhadapnya di sini:

Dengan syarat bahawa defendan tidak boleh ditangkap jika ia membayar kepada kamu jumlah tersebut sebanyak $ .......... yang akan didepositkan oleh kamu ke dalam Mahkamah untuk mematuhi perbicaraan tindakan ini atau perintah Mahkamah seterusnya.

Bertarikh pada........................haribulan...................19.......
Pendaftar
__________________________________________

Nota:

(1) Nyatakan butir-butir orang yang akan ditangkap dan tindakan atau omitan yang dikatakan terhadapnya dengan sebab yang mana dia didapati boleh ditangkap sebelum penghakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.