ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PIHAK - PIHAK



Seksyen 18. Defendan belum dewasa mencapai dewasa.

Jika seorang defendan yang belum dewasa mencapai dewasa ketika menunggu perbicaraan, ia atau penjaganya yang sah boleh memfailkan afidavit yang membuktikan kedewasaannya, dan tajuk tindakan kesnya hendaklah dipinda, dan penjaganya yang sah hendaklah dilepaskan tertakluk kepada persoalan kes berbangkit dari kecuaian atau salahlakunya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.