ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 91. Jika diragui kesalahan apakah yang telah dilakukan.

Jika satu perbuatan atau suatu siri perbuatan adaIah sedemikian jenisnya sehingga terdapat keraguan mengenai kesalahan yang manakah yang diwujudkan antara beberapa kesalahan yang dapat diwujudkan oleh fakta yang boleh dibuktikan, maka tertuduh boleh dipertuduh melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan apa-apa bilangan pertuduhan itu boleh dibicarakan bersekali, atau dia boleh dipertuduh secara alternatif telah melakukan mana-mana satu kesalahan sedemikian dan boleh dibicarakan bersekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.