ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA



Seksyen 5. Pendaftaran sekolah agama.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau menyenggarakan sesuatu sekolah agama melainkan jika sekolah agama itu didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(2) Semua sekolah agama yang ditubuhkan atau disenggarakan sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuat kuasa atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.