ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 118. Kuasa Hakim bagi menanya soalan-soalan atau memerintah pengemukaan.

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti yang sepatutnya mengenai fakta-fakta yang relevan, menanya apa-apa soalan yang dia suka, dalam apa-apa jua bentuk, pada bila-bila masa pada mana-mana saksi atau pihak darihal apa-apa fakta sama ada yang relevan atau tidak; dan boleh memerintah supaya dikemukakan apa-apa juga dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau wakil-wakil mereka tidaklah berhak membuat apa-apa bantahan atas mana-mana soalan atau perintah itu, atau dengan tiada kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberi bagi menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa keputusannya mestilah berasaskan fakta-fakta yang ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai relevan dan dibuktikan dengan sempurnanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.