ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK
Seksyen 13. Pembatalan pelantikan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis jika
--
(a)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Majlis;
(b)
dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sempurna sebagai anggota;
(c)
tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Yang Dipertua, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(d)
dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(e)
dia diisytiharkan bankrap.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.