ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Pendapat Orang Ketiga bila relevan
Seksyen 38. Bila pendapat tentang pertalian adalah qarinah.
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang pertalian seseorang dengan seorang lain, rnaka pendapat yang dilahirkan melalui kelakuan tentang wujudnya pertalian tersebut oleh seseorang yang sebagai ahli keluarga itu atau selainya mernpunyai cara-cara khusus bagi rnengetahui perkara itu, adalah
qarinah.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada A dan B telah berkahwin.
Fakta bahawa rnereka telah biasanya diterima dan disifatkan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri adalah
qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada A adalah anak B yang sah.
Fakta bahawa A telah sentiasa disifatkan sedemikian itu oleh ahli keluarganya adalah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.