ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN V - PELBAGAI



Sekyen 23. Tempat perbicaraan terbuka dan tertutup.

(1) Tempat di mana sesuatu mahkamah menjalankan perbicaraan kes-kes sivil atau jenayah hendaklah disifat sebagai suatu Mahkamah yang terbuka dan boleh dihadiri oleh orang ramai.

Dengan syarat bahawa Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan perbicaraan secara tertutup jika sekiranya Mahkamah berpuashati bahawa tindakan demikian adalah untuk kepentingan keadilan, ketenteraman awam, keselamatan atau kepentingan awam, atau atas sebab-sebab yang lain yang mencukupi.

(2) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintah mana-mana orang supaya jangan menyiarkan nama, alamat atau gambar mana-mana saksi yang terlibat di dalam mana-mana perbicaraan atau mana-mana keterangan atau mana-mana perkara yang mungkin boleh membawa kepada pengenalan mana-mana saksi tersebut.

(3) Mana-mana orang yang melanggar perintah di bawah seksyen kecil (2) adalah melakukan kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan dihukum denda tidak lebih daripada seribu ringgit atau hukuman penjara tidak lebih daripada ena bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.