ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 118. Cerai dan talak.

(1) Seseorang suami boleh menceraikan isterinya mengikut Hukum Syarak dengan talak satu, dua atau tiga.

(2) Di dalam tempoh tujuh hari selepas sesuatu perceraian suami hendaklah melapurkan keterangan mengenai perceraian itu serta segala butir-butir berhubung dengannya dan bayaran-bayaran yang tertentu hendaklah dibayar kepada Pendaftar di mana perceraian itu berlaku dan Pendaftar dengan segera mendaftarkan perceraian itu.

(3) Peruntukan-peruntukan di dalam seksyen 115 dan 116 Enakmen ini hendaklah dipakai "mutatis mutandis" terhadap permohonan dan Pendaftaran perceraian dan pengeluaran akuan cerai.

(4) Pendaftar tidak boleh menyerahkan surat akuan cerai melainkan hanya setelah habis "iddah".

(5) Jika seseorang suami melafazkan cerai tidak di hadapan mana-mana Pendaftar samada di hadapan isteri atau hadapan orang lain, maka hendaklah suami atau isteri atau sesiapa jua melapurkan perkara ini kepada Pendaftar.

(6) Seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya maka berhaklah isteri itu menuntut kepada Mahkamah:


(7) Mana-mana persetujuan yang telah diperbuat di hadapan Kadi mengenai mana-mana butiran yang disebutkan di dalam seksyen-kecil (6) seksyen ini hendaklah terikat kepada kedua-dua pihak dan hendaklah mempunyai kuasa yang sama seolah-olah suatu perintah yang diperbuat oleh Mahkamah dan peruntukan di dalam Seksyen 105 Enakmen ini hendaklah dipakai.

(8) Segala harta-harta dan alat perkakas kepunyaan yang terhak kepada isteri yang telah diceraikan hendaklah diserahkan oleh suami kepada isteri, dan menjadi kesalahan atas suami tiada menunaikan syarat ini atau membinasakan semua atau sebahagian harta-benda atau alat-perkakas isteri itu, dan juga menjadi kesalahan atas isteri yang membinasakan semua atau sebahagian harta-benda atau alat-perkakas hak suami. Mahkamah boleh memerintahkan supaya semua atau sebahagian daripada harta-benda atau alat perkakas yang dibinasakan itu hendaklah diganti dengan bayaran mengikut nilai harganya pada masa itu.

(9) Barangsiapa yang melanggar kehendak-kehendak seksyen-kecil (5) dan (8) seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 184 Enakmen ini.

(10) Mahkamah boleh menahan dan menjual harta seseorang suami yang ingkar membayar sebarang nafkah atau mut'ah atau menyerahkan bahagian isteri daripada harta sepencarian yang telah dihukumkan ke atasnya. Jika ia tiada berharta tetapi berkemampuan maka Akta (Menguatkuasa Nafkah) Perempuan Bersuami dan Kanak-kanak 1968 hendaklah berjalan kuatkuasanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.