ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 86. Bilangan saksi.

(1) Keterangan dalam kes zina yang membawa kepada hukuman hudud tidak boleh diterima kecuali ia disaksikan oleh empat orang lelaki.

(2) Dakwaan seorang yang dikenali seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak boleh diterima kecuali ianya disokong oleh tiga orang saksi lelaki.

Huraian-Pengakuan telah menjadi papa dalam pungutan zakat dan telah menjadi papa yang menggugurkan beban pembayaran hutang dan nafkah kaum kerabat dan isteri tidak boleh diterima kecuali disaksikan oleh tiga orang lelaki.

(3) Dalam perkara melihat anak bulan keterangan seorang lelaki yang adil adalah diterima.

(4) Keterangan seorang lelaki dalam keadaan yang berikut:
adalah layak diterima. (5) Keterangan seorang perempuan adalah layak diterima dalam perkara yang biasa dilihat oleh seseorang perempuan.

MISALAN

Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi, seorang bidan dalam perkara haidh, beranak, penyusuan dan keaiban perempuan, adalah layak diterima.

(6) Di alam perkara-perkara lain dari yang disebut di atas shahadah hendaklah diberi oleh dua orang saksi lelaki seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.