ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV
Darihal Hukuman dan Menjalankannya



Seksyen 128. Pesalah belum mukallaf.

(1) Apabila mana-mana pesalah belum mukallaf disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah kerana apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau penjara, Mahkamah itu bolehlah bagi menggantikan hukuman penjara kerana gagal membayar denda atau menjatuhkan hukuman penjara itu dengan-

(2) Mahkamah di mana pesalah belum mukallaf itu disabitkan bolehlah sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu, mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini, mengenakan denda ke atas ibu bapa atau penjaganya tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah tersebut, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu bapa atau penjaga itu, dengan sebab kecuaian mereka untuk mengambil perhatian yang baik atau lainnya ke atas pesalah itu, telah menyebabkan pesalah itu berkelakuan buruk:

Dengan syarat bahawa ibu bapa atau penjaga itu tidaklah boleh didenda tanpa dia diberi peluang untuk membela dirinya (jika dia mahu) dan memberikan keterangan di dalam pembelaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.