ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 32. Titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh sebagai Ketua Agama Negeri, mengeluarkan apa-apa perintah, dari semasa ke semasa, berkaitan dengan perkara khusus yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

Dengan syarat bahawa perintah itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2) Sesiapa yang tidak mematuhi perintah di subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.