ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988
BAHAGIAN VI - PELBAGAI
Seksyen 25. Kuasa untuk memasuki premis.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Islam atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis boleh pada setiap masa yang munasabah, masuk ke dalam mana-mana premis Sekolah Islam bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau selainnya memastikan yang sekolah itu ditadbirkan dengan sepatutnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.