ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PENJALANANNYA



Seksyen 118. Peruntukan mengenai hukuman denda.

Jika apa-apa denda dikenakan di bawah kuasa mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa, maka sekiranya tiada apa-apa peruntukan nyata berhubungan dengan denda itu yang terkandung dalam undang-undang itu, maka peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai-

(c) hukuman pemenjaraan yang dikenakan kerana keingkaran membayar denda hendaklah tamat apabila denda itu dibayar;

(d) jika, sebelum habisnya hukuman pemenjaraan yang ditetapkan kerana keingkaran membayar denda, sesuatu perkadaran denda itu dibayar tidak kurang daripada perkadaran bahagian denda yang masih belum dibayar, maka hukuman pemenjaraan itu hendaklah tamat;

(e) kematian pesalah itu hendaklah melepaskannya daripada apa-apa denda yang belum dijelaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.