ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 8. Keanggotaan Majlis.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:


(d) tidak lebih daripada sepuluh anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka hendaklah terdiri daripada alim ulamak.

(2) Timbalan Yang Dipertua dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1) (b) dan (1) (d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Menteri Besar bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)
(b) dan (1) (d) yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan (1)
(c) (i), (iii) atau (iv) bukan orang Islam, Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Menteri Besar hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya dari Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.

(5) Tiap-tiap orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa adalah anggota yang dilantik bagi Majlis terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi anggota Majlis sehingga tempoh perlantikannya tamat.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.