ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PERBICARAAN JENAYAH



Seksyen 77. Maklumat.

Sesuatu maklumat yang bertujuan bagi mengadakan pendakwaan hendaklah dibuat dengan bertulis atau dengan lisan kepada Kadi yang membicarakan itu. Jika dibuat dengan lisan hendaklah ditulis oleh Kadi yang membicarakan itu. Dengan jalan mana pun hendaklah ianya meminta sipengadu bersumpah atau mengaku di atas kebenaran pengaduan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.