ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XII - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 121. Orang-orang lain boleh juga diberi kuasa mencatatkan nota keterangan.


Tiada apa-apa dalam Bab ini boleh menghalang seorang Qadhi dalam pembicaraan mengarahkan nota lengkap diambil oleh seorang lain mengenai deposisi saksi sebagai tambahan kepada mana-mana nota berkenaan dengan perkara-perkara yang dibuat atau yang dicatat oleh Qadhi sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.