ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 22. Penurunan kepentingan.

Dalam hal mana-mana serahak, pengwujudan, penukaran, perpindahan atau penurunan kepentingan estet, hakmilik atau tanggungan mana-mana pihak, di antara permulaan mana-mana pembicaraan dan hukumannya, orang yang kepadanya kepentingan, estet, hakmilik atau tanggungan telah diberi atau diturun boleh memohon supaya ditambah atau diganti sebagai satu pihak, dan pihak menuntut boleh dengan cara yang sama memohon untuk penambahan atau penggantian tersebut, jika pihak berkenaan adalah pihak kena tuntut. Notis mana-mana permohonan tersebut hendaklah disampaikan kepada semua pihak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.